UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KETUA MENTERI UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT JABATAN KETUA MENTERI
PROGRAM SELEMBUT KASIH RAMADHAN KE SELURUH 73 DUN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

2023-03-10

Warta Oriental, KOTA KINABALU:
Sepanjang Ramadan ini, sebanyak 50 trak akan ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
untuk menghantar bun dan roti kepada rakyat, hasil ihsan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad
di bawah inisiatif Program Selembut Kasih Ramadan.

Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau menyampaikan
sumbangan itu kepada Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM),
Datuk Awang Kadin Tang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu majlis
ringkas di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Ketua Menteri memuji syarikat itu yang menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
bagi membantu meringankan beban rakyat sepanjang bulan puasa yang akan diselaraskan oleh UPPM Negeri.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan,
Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan dan Pemimpin-pemimpin Pembangunan
Masyarakat (PPM) 73 DUN.